Welcome

Selasa, 02 April 2013

Hati-hati bila anda menikmati makanan di Resturant halal di China


Di China, banyak dijumpai kedai-kedai makan dan restauran yang meletakkan tulisan halal. Namun jangan tertipu dengan tulisan label halal yang disenaraikan. Faktanya, banyak restauran halal di China yang menjual makanan dan minuman haram.
Menurut daripada laporan sesetengah syrikat pelancungan Islam, pada pertengahan bulan Mei lalu, sejumlah rombongan telah melawat negeri ini. Mereka mencari sebuah restoran muslim berlabel halal namun masih menjual arak (wine). Menurut syarikat perlancungan tersebut membuktikan bahawa sejumlah restauran halal di China ternyata tidak benar-benar halal.
Seperti yang dilaporkan, pada beberapa pengurus syarikat berkenaan sengaja masuk ke restoran muslim bernama A Fun Ti yang beralamat di Jalan Houguaibang Hutong, pada 188, daerah Dongcheng, di Kota Beijing untuk makan malam. Di atas pintu masuknya terpampang tulisan al-Math’am al-Islami, pada restauran muslim.

Sebahagian daripada rombongan syarikat itu memilih untuk makan malam di restauran ini pada Isnin malam, pada 21 Mei lalu. Sebahagian lain diundang makan malam secara terbatas dengan pimpinan Lembaga Keamanan Antarabangsa China.
Restauran Muslim Rangking Pertama
Restoran A Fun Ti sangat dikenali di China. Restauran ini juga disebut pada rangking pertama dalam senarai restauran-restauran muslim paling terkenal di seluruh negeri China oleh website islamichina.com.
Restauran ini menyajikan menu ala Xinjiang, wilayah dengan penduduk majoriti muslim di bahagian paling Barat Laut (north-west) China, dekat Asia Tengah.
Restauran muslim itu tergolong di antara yang banyak dikunjungi pelancung muslim. Pengunjungnya tidak hanya berasal dari warga tempatan, tetapi tetamu yang berasal dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat yang lebih mendominasi. Biasanya, pada restauran akan didatangi pelawat setelah matahari terbenam, pada pukul 19.30 waktu Beijing.
Sebahagian besar tetamu dari Eropah dan Amerika Syarikat itu ternyata hendak menikmati sajian wine khas yang sengaja disajikan dalam gelas unik berukuran panjang 30 cm dan persembahan eksotik restauran ini.
Sajian di restauran ini sesuai dengan penjelasan di islamichina.com, yang mengatakan sudah menjadi perkara biasa bahawa beberapa restauran halal di kota-kota besar China seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen menyediakan minuman beralkohol.
“Susah bagi kebanyak restauran-restauran halal untuk mendapat keuntungan besar bila mereka tidak menyediakan wine, kerana majoriti tetamu adalah non-muslim” tertulis pada website itu.
sumber – Halim Islam Online

Keistimewaan Batu Hajar Aswad


Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, di berkata: “Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?

Para angkasawan telah mendapati bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi di sebalik penghapusan website tersebut .
Setelah melakukan kajian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil gambar planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.
Para penyelidik Muslim mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai ciri-ciri dan menghubungkan antara Kaabah di di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat .
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu kawasan yang bernama ‘Zero
Magnetism Area’, ertinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua-dua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu tenaga misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah .
Penelitian lain mendedahkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh mengambang di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita .
Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam . (Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)).

Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat?


bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada ‘piring para bola’ untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?
KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.
“Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
“Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
“Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini,” jelasnya
Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di “Centre of the earth”. Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah… Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.